May 21, 2009

Selamat Hari Cikgu ;)

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia

...kepada diriku juga :)

Hari itu, selonggok hadiah penuh di atas meja saya, diberi oleh pelajar. Terharu sangat.

Makin lama, terasa makin sayang pada anak-anak murid. Setiap hari bersama keletah dan perangai mereka. Macam-macam ada.

...bila mereka tiada di depan mata, rasa rindu pula.

Ada yang boleh membaca lancar serangkap puisi (pelajar bukan Melayu kelas hujung)

Ada yang suka minta kerja

Ramai yang ringan tulang

Ada yang suka menganggu rakan sekelas

Ada juga yang suka membuat bising

Dan, yang suka buat orang ketawa juga marah

[macam-macam perangai]

--------

Indahnya menjadi seorang guru kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.

Menjadi guru juga banyak mengajar saya untuk bersabar, menjadi kreatif, memupuk semangat cekal dan nilai baik dalam diri.

Apatah lagi bahawa kita selalu diingatkan bahawa hanya 3 perkara yang akan tinggal bersama kita apabila mati nanti termasuklah ilmu yang diajar dan diamalkan oleh orang lain.

Menjadi guru..itulah lampiran hikmahnya.

Saya, mencari hikmah itu. Mahu lebih baik setiap hari. Banyak masa belajar dari pelajar sendiri. Belajar akan makna sabar, erti hidup dan kasih sayang

Allah, betapa indahnya hidup dalam dunia perguruan. Walau kepenatan, keberkatannya begitu dirasa.

Saya hanya mahu berkongsi, dan terus mendorong. Mahu menjadi mentor yang terus memberi inspirasi. Menyedarkan setiap orang itu ciptaan terbaik Tuhan.

Itulah hakikat cinta yang terindah untuk dikongsi setiap kali.
Semoga..

-------

Ilmu dan pengalaman yang dikongsi, semoga bisa membantu merubah nasib seseorang itu.

Mengapa saya cintakan dunia seorang guru?

..tak terkata.

No comments: